Pakar Papan Lantai · Kedah · Perlis · Penang
Lebih 20 tahun kami membina lantai untuk keluarga di Kedah, Perlis & Penang — parquet, SPC, carpet tile hingga PVC ceiling. Material bebas formaldehid, berkualiti bertauliah, jaminan bertulis.
Pemilik dewan, pejabat atau kontraktor? Lihat perkhidmatan B2B →
Perkhidmatan
Semua kerja dilakukan oleh pasukan sendiri — bukan subkontraktor — dengan material berkualiti dan jaminan bertulis.
Papan lantai kalis air (teras SPC) — sesuai untuk kebanyakan ruang dalaman termasuk dapur. Boleh pasang terus atas tiles lama.
Corak kayu realistik dengan harga berbaloi — pilihan popular untuk bilik dan ruang tamu (kawasan kering).
Untuk pejabat, sekolah dan ruang komersial — kurang bunyi tapak kaki, selesa untuk bekerja lama, mudah dijaga.
Brand yang kami bawa — ROBINA · ERAFLOR · AMAZON CARPET TILES · NORTHWOOD PVC PANEL
Koleksi
Lebih 30 pilihan design daripada koleksi sendiri — semuanya ready stock. Datang showroom untuk raba tekstur sebenar.
E511 Lime Stone · E512 Slate · E513 Chromite · E514 Concrete
EU881 White Oak · EU882 Ash Wood · EU883 Snow White · EU884 Cream Oak · EU885 Smoke Grey
CV3001 Urban Oak · CV3002 Golden Teak
GS5001 – GS5009 · Oak, Hickory & Teak tones
NFVC361 – NFVC367 · Mesra haiwan & kedap bunyi
NW301 Mahogany · NW302 Dark Walnut · NW303 Maple · NW304 Teak · NW305 White
Projek terkini




NorthWood · Visual Gallery
Browse photographs from the NorthWood image collection. Tap any image to view it larger.
Kelebihan material
Setiap lantai yang kami pasang bebas formaldehid dan bertauliah FloorScore untuk kualiti udara dalaman — lembut untuk bayi, kanak-kanak & haiwan kesayangan.
Harga
Keadaan lantai, keluasan, material & design mempengaruhi harga. Dapatkan pengukuran tapak percuma & sebut harga bertulis — satu harga, tiada kos tersembunyi, tiada obligasi.
Cara kami bekerja
Kami datang, ukur dan semak keadaan lantai anda — percuma, tanpa sebarang obligasi.
Satu harga bertulis yang termasuk semuanya. Harga yang anda luluskan adalah harga yang anda bayar.
Pasukan sendiri, kerja kemas, siap mengikut jadual — rumah atau dewan sekalipun.
Pemeriksaan bersama selepas siap, dengan jaminan kerja bertulis dan khidmat selepas jualan.
Ulasan
mengesyorkan NorthWood di Facebook — 23 ulasan sebenar
Nama pelanggan dilindungi demi privasi. Ulasan asli boleh disemak di laman Facebook kami.
"Fabulous wood quality and admirable workmanship, reasonably priced... my house looks cozy and elegant now just like a 5-star hotel 👌👍"
Sivapereg*** R.Ulasan Facebook · 2022"Customer service memang A plus. Kualiti barang dan servis yang memuaskan hati. Recommended."
Ward*** F.Ulasan Facebook · 2021"Pemasangan tangga HDF yang memuaskan... cantik, kemas dan pantas 👏"
Zul H****Ulasan Facebook · 2022"Nice work good service 👍👍👍💯💯💯"
翁建*Ulasan Facebook · 2021NorthWood Pro · B2B
Harga borong, pasukan berpengalaman untuk projek gelanggang sukan, ruang komersial dan projek pembangunan di seluruh Kedah, Perlis & Penang.
Sebut harga projek →Panduan air
Kalis air, tahan air dan tahan lembapan bukan perkara yang sama. Pilih lantai yang sesuai dengan kawasan.
Teras SPC tidak kembang atau mereput bila terkena air. Pilihan terbaik untuk dapur dan kawasan lembap.
Kalis air bukan kalis banjir.Diuji oleh pengilang: kalis air sehingga 200 jam.
Keputusan ujian, bukan tempoh waranti.Tahan tumpahan harian jika dilap segera. Bukan kalis air.
Elakkan bilik air dan air bertakung.Soalan lazim
WhatsApp kami di +60 16-412 8700. Kami akan atur pengukuran tapak percuma dan beri sebut harga bertulis ikut keadaan lantai, keluasan, material & design.
Ya. Pengukuran tapak dan sebut harga bertulis adalah percuma di Kedah, Perlis & Penang.
Ya. Lantai SPC mempunyai teras kalis air yang tidak kembang atau melengkung bila basah, dan boleh dipasang terus atas tiles lama. Kalis air tidak bermakna kalis banjir: air bertakung, lembapan dari lantai di bawah dan pemasangan yang buruk masih boleh menyebabkan kerosakan. Sila lihat Terma & Penafian.
Tidak. Laminate biasa seperti Robina hanya tahan air (water-resistant): ia boleh menahan tumpahan harian jika dilap segera, tetapi bukan kalis air dan tidak sesuai untuk bilik air atau kawasan yang kerap basah. Laminate Waterblok kalis air sehingga 200 jam menurut ujian pengilang; angka itu keputusan ujian, bukan tempoh waranti.
Kami cadangkan lantai SPC untuk dapur dan kawasan lembap kerana terasnya kalis air. Kami akan menasihati anda tentang keadaan lantai dan permukaan di bawah semasa pengukuran percuma.
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, dari showroom kami di Bandar Stargate, Alor Setar.
Produk
Harga tidak dipaparkan dalam talian kerana setiap rumah berbeza. Buka produk, kemudian minta sebut harga percuma melalui WhatsApp.
Product library
Terokai koleksi lantai dan panel NorthWood. Muat turun katalog untuk melihat pilihan corak dan spesifikasi.
Lawat kami
Lihat sample sebenar Robina, Eraflor, SPC, carpet tile dan PVC ceiling di showroom baharu kami di Bandar Stargate. Ready stock — pilih hari ini, pasang lebih cepat. Buka setiap hari, datang je atau WhatsApp untuk temujanji.
“Rumah yang cantik bermula dari lantai — dan lantai yang baik bermula dari NorthWood.”